Hati Pishang

gambar google


Suatu hari, Pn. Aina menyuruh anak-anak didikannya membawa buah pisang; seorang sebiji, "baiklah, esok cikgu nak awak semua bawak satu pisang ya? Kita nak buat aktiviti sikit" Maka bersoraklah murid-murid kelas 1 Berlian apabila membayangkan mereka mengunyah pisang-pisang yang akan mereka bawa.

Keesokan harinya, semua murid pun bawalah pisang yang diinginkan cikgu. Kemudian, mereka mendapat arahan daripada cikgu mereka ini, "cikgu nak awak semua keluarkan pen dan tuliskan nama-nama orang yang awak tak suka" Masing-masing memandang kehairanan. "Apa betul ke apa yang aku dengar?" itulah ayat yang  ditakrifkan setelah 
melihat wajah mereka masing-masing.

Tanpa membuang masa, mereka pun contenglah nama-nama rakan yang dibenci. yelah, takkan nak lawan cakap cikgu kan? Biadap betul kiranya jika membantah. Lalu Pn Aina pun menyuruh mereka menyimpan pisang yang telah diconteng itu didalam beg selama seminggu.

Selepas seminggu, cikgu Aina menyuruh mereka mengeluarkan pisang tersebut. MasyaAllah, masing-masing melemparkan reaksi yang sungguh menggelikan. Ada yang sehingga hendak muntah apabila melihat pisang itu. Yalah, ditinggalkan selama seminggu, mana taknya pisang tu berbau busuk dan berwarna hitam, kan?

"Pisang ni ibarat hati kita. Kalau kita simpan dendam, dengki pada orang yang kita tak suka, maka hitamlah dia. Yang lebih teruk, busuk pula itu!"

ok walaupun macam tak kena cerita kat atas. hantam sajelah semoga faham. tapi bukan yang ABU tu! πŸ˜†

1 comment for "Hati Pishang"

Post a Comment